Resepi Nasi Daging Berempah Sedap dan Mudah

ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
resepinasidaging.blogspot.com Saya belajar buat nasi daging selepas melihat sahabat saya di facebook. Ia memasak juadah nasi daging berempah air asam pada hari raya aidil fitri baru-baru ni. Sebelumnya saya juga pernah memasak beberapa kali di rumah terbuka aidil fitri yang diadakan di rumah rakan saya. Namun tak ada teringin nak buat nasi daging sendiri di rumah pada masa itu.

Lauk yang dibuat tidak perlu banyak sangat. Saya boleh dibantu rakan lain untuk memudahkan urusan memasak di rumah. Jom kita tengok bagaimana cara buat nasi daging berempah paling sedap dan mudah.



Bahan dan Cara Membuat Resepi Nasi Daging Berempah


Bahan-bahan:

  • 250 gm daging – di hiris dan di rebus dengan halia hingga lembut
  • 4 cawan beras – di bersihkan
  • 4 cawan air rebusan daging – di ikutkan beras
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 biji tomato – di potong dadu
  • daun pandan
  • daun ketumbar
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 1 bawang besar – di mayang
  • 1 ulas bawang putih – di mayang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • kulit kayu manis

Bahan blend untuk air asam:

  • asam jawa
  • cili padi
  • tomato
  • belacan
  • kerisik
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan potong untuk air asam: 

  • tomato
  • cilip padi
  • bawang besar

Cara buat nasi daging berempah: 

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Goreng hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan beras yang sudah di basuh. Toskan dan goreng sekejap.
  4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu caur, daun pandan, gula dan garam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
  5. Pindahkan nasi dan masak menggunakan rice cooker.
  6. Lepas masak, taburkan daun ketumbar.

Cara buat air asam:

  1. Tumbuk sambal belacan.
  2. Potong nipis tomato dan bawang besar. Tuang ke dalam sambal belacan.
  3. Masukkan kerisik, garam, gula dan sos tomato. Kacau hingga berpalut.
  4. Masukkan sedikit air daging. Kacau hingga rata.
  5. Resepi nasi daging berempah paling sedap dan mudah dah siap disediakan kepada keluarga dan rakan anda. Nasi daging memang sangat terkenal di utara Malaysia. Resepi ni menjadi hidangan utama di hari raya dan kenduri-kendara. Tak salah jika anda boleh membuat nasi daging sendiri di rumah. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, anda mesti rebus daging lebih lama dalam anggaran 2-3 jam. Masak daging yang banyak urat membuat rasa air daging lebih menarik dan sedap.
Mudah kan cara membuatnya, semoga bermanfaat
ADSENSE 336 x 280 dan ADSENSE Link Ads 200 x 90

0 Response to "Resepi Nasi Daging Berempah Sedap dan Mudah"

Catat Ulasan